Bateri dan pengurusan kuasa
Peranti anda mempunyai bateri yang dibenamkan. Untuk mendapatkan manfaat penuh
daripadanya, jejaki kuasa yang digunakan oleh aplikasi dan ciri yang berbeza. Ciri
penjimatan kuasa latar belakang diaktifkan secara lalai untuk membantu anda
mengurangkan penggunaan bateri dan mod penjimatan kuasa tambahan tersedia bagi
membantu anda mengurangkan penggunaan bateri lagi apabila perlu.
Ciri penjimatan kuasa merendahkan keutamaan untuk fungsi peranti tertentu yang tidak
penting, seperti prestasi imej gred lebih tinggi, aktiviti rangkaian seperti perkhidmatan
lokasi, penyegerakan aplikasi dan imbasan Wi-Fi latar belakang. Jika anda tidak mahu
aplikasi terjejas, anda boleh mengecualikannya dalam menu pengoptimuman Bateri.
Panggilan telefon dan SMS tidak terjejas.
Kemas kini sistem boleh mengubah ciri penjimatan kuasa yang tersedia pada peranti anda.
Untuk melihat penggunaan bateri, anggaran masa dan petua kuasa
1
Dari
Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Bateri. Satu gambaran keseluruhan muncul
menunjukkan peratusan bateri dan anggaran masa bateri.
3
Ketik
TUNJUK PENGGUNAAN BATERI untuk melihat senarai ciri dan
perkhidmatan yang telah menggunakan kuasa bateri sejak kitaran pengecasan
terakhir. Ketik item untuk mendapatkan maklumat mengenai cara mengurangkan
penggunaan kuasanya.
Untuk melihat penggunaan bateri untuk aplikasi
1
Dari
Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Aplikasi.
3
Pilih satu aplikasi dan semak semula penggunaan baterinya di bawah
Penggunaan bateri.
Petua penggunaan am bagi meningkatkan prestasi bateri
Petua berikut dapat membantu anda memperbaik prestasi bateri:
38
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
•
Rendahkan paras kecerahan skrin, lihat
Tetapan skrin
pada halaman 60.
•
Matikan Bluetooth®, Wi-Fi dan perkhidmatan lokasi apabila anda tidak
memerlukan ciri ini.
•
Matikan peranti anda atau gunakan Mod pesawat jika anda berada dalam
kawasan yang tiada atau lemah liputan rangkaian. Jika tidak, peranti anda akan
membuat imbasan berulang kali untuk mencari rangkaian yang tersedia dan
tindakan ini menggunakan banyak kuasa.
•
Gunakan rangkaian Wi-Fi dan bukannya perayauan semasa di luar negara.
Perayauan sedang mengimbas rangkaian rumah anda dan meletakkan
permintaan tambahan pada bateri anda kerana peranti anda mesti
memindahkannya dengan kuasa output yang lebih tinggi, lihat
Wi-Fi
pada
halaman 50.
•
Tukar tetapan penyelarasan untuk e-mel, kalendar dan kenalan anda, lihat
Menyelaraskan dengan akaun dalam talian
di halaman 56.
•
Semak aplikasi yang mempunyai penggunaan bateri tinggi dan pertimbangkan
petua penjimatan bateri yang diberikan pada peranti anda untuk aplikasi ini.
•
Tukar tahap pemberitahuan untuk aplikasi, lihat
Pemberitahuan
di halaman 30.
•
Matikan kebenaran perkongsian lokasi untuk aplikasi, lihat
Tetapan aplikasi
di
halaman 62.
•
Nyahpasang aplikasi yang anda tidak gunakan, lihat
Skrin aplikasi
di halaman 26.
•
Gunakan peranti bebas tangan tulen Sony untuk mendengar muzik. Peranti
pegangan tangan menggunakan kurang bateri daripada pembesar suara peranti
anda.
•
Mulakan semula peranti anda sekali-sekala.
Untuk membuat pengecualian pada ciri penjimatan kuasa untuk aplikasi
1
Dari
Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Bateri.
3
Ketik dan pilih
Pengoptimuman bateri. Anda akan melihat senarai aplikasi yang
masih belum dioptimumkan.
4
Untuk menambah atau mengalih keluar aplikasi daripada senarai ini, ketik
APLIKASI dan pilih atau nyahpilih satu aplikasi daripada senarai untuk mengedit
tetapan pengoptimumannya.
5
Senarai aplikasi yang masih belum dioptimumkan akan dikemaskini sewajarnya
dalam tetapan anda.
Anda tidak boleh mengecualikan aplikasi daripada dioptimumkan oleh mod Ultra STAMINA.
Anda juga boleh mengkonfigurasi
Pengoptimuman bateri daripada Tetapan > Aplikasi > >
Akses khas.
Mod STAMINA
Bergantung pada tahap STAMINA, ciri yang berbeza akan disekat atau dinyahdayakan
bagi mengurangkan penggunaan bateri. Ini termasuk prestasi persembahan, animasi dan
kecerahan skrin, peningkatan imej, penyelarasan data aplikasi latar belakang, getaran
(kecuali untuk panggilan masuk), penstriman dan GPS (sementara skrin mati).
kelihatan dalam bar status.
Jika anda berkongsi peranti dengan berbilang pengguna, anda mungkin perlu melog masuk
sebagai pemilik, iaitu pengguna utama, untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan mod
STAMINA.
Untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan mod STAMINA
1
Dari
Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Bateri.
3
Ketik , kemudian ketik
Mod STAMINA, dan ketik penggelangsar untuk
mengaktifkan fungsi tersebut. Apabila mod STAMINA diaktifkan, anda boleh
memilih pilihan tambahan, contohnya anda boleh melaraskan peratusan Mula
Auto menurut keutamaan anda.
Anda boleh mengecualikan aplikasi daripada dioptimumkan oleh mod STAMINA dalam menu
pengoptimuman Bateri.
39
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Mod Ultra STAMINA
Masa bateri anda dilanjutkan lebih lama tetapi aplikasi yang tersedia adalah terhad dan
data mudah alih dan Wi-Fi dinyahdayakan. Panggilan dan SMS masih tersedia. Skrin
Utama anda diubah dan muncul dalam bar status.
Jika anda berkongsi peranti dengan berbilang pengguna, anda mungkin perlu melog masuk
sebagai pemilik, iaitu pengguna utama, untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan mod Ultra
STAMINA.
Untuk mengaktifkan mod Ultra STAMINA
1
Dari
Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Bateri.
3
Ketik
Mod Ultra STAMINA dan kemudian ketik AKTIFKAN.
4
Sahkan untuk mengaktifkan.
Anda tidak boleh mengecualikan aplikasi daripada dioptimumkan oleh mod Ultra STAMINA.
Untuk menyahaktifkan mod Ultra STAMINA
1
Seret bar status ke bawah untuk mengakses panel Pemberitahuan.
2
Ketik
Nyahaktifkan mod Ultra STAMINA.
3
Ketik
OK.
Menyahaktifkan mod Ultra STAMINA akan memulakan semula peranti anda.