Jam dan Kalendar
Kalendar
Gunakan aplikasi Kalendar untuk menguruskan jadual masa anda. Jika anda telah
mendaftar masuk dan menyelaraskan peranti anda dengan satu atau beberapa akaun
dalam talian yang mengandungi kalendar, contohnya akaun Google™ anda atau akaun
Facebook, maka peristiwa kalendar daripada akaun ini juga akan dipaparkan dalam
aplikasi Kalendar. Anda boleh memilih kalendar yang ingin anda sepadukan dalam
paparan Kalendar gabungan.
Apabila masa janji temu hampir tiba, peranti anda akan memainkan bunyi pemberitahuan
untuk mengingatkan anda.
1
Akses tetapan, pilih jenis paparan dan kalendar yang anda ingin lihat
2
Kembali ke tarikh semasa
3
Akses pilihan lain
4
Kuis ke kiri atau kanan untuk menyemak imbas dengan lebih pantas
5
Tambahkan peristiwa kalendar
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kalendar
•
Apabila aplikasi Kalendar dibuka, ketik , kemudian cari dan ketik
Bantuan &
maklum balas.