Sony Xperia X - Pemasangan

background image

Pemasangan

Peranti anda hanya menyokong kad SIM nano. Kad SIM mikro nano dan kad memori

mempunyai slot berasingan dalam pemegang yang sama. Pastikan anda tidak terkeliru

antara kedua-duanya.

Untuk mencegah kehilangan data, sila pastikan anda menutup peranti atau menyahlekapkan

kad memori sebelum anda menyeret keluar pemegang untuk mengeluarkan kad SIM nano atau

kad memori daripada peranti.

Untuk memasukkan kad SIM nano dan kad memori

8

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

1

Menggunakan kuku jari anda, cungkil keluar bekas kad SIM/Ingatan.

2

Masukkan kad SIM dengan kemas dalam orientasi yang betul dalam kedudukan

(1) seperti yang ditunjukkan dalam ilustrasi.

3

Masukkan kad memori dengan kemas dalam orientasi yang betul dalam

kedudukan (2) seperti yang ditunjukkan dalam ilustrasi.

4

Tolak kembali bekas dengan lembut ke dalam slot sehingga ia masuk ke dalam

tempatnya.

Untuk mengeluarkan kad SIM nano

1

Dengan skrin menghadap ke bawah, buka penutup slot kad SIM nano/Kad

ingatan.

2

Seret keluar bekas kad SIM nano/Memori menggunakan kuku anda.

3

Keluarkan kad SIM nano, kemudian tolak kembali bekas dengan lembut ke dalam

slot sehingga ia masuk ke dalam tempatnya.

Untuk mengeluarkan kad memori

1

Sama ada matikan peranti atau nyahlekapkan kad memori di bawah

Tetapan >

Storan & memori > > Lanjutan > Storan > di sebelah Kad SD.

2

Dengan skrin menghadap ke bawah, buka penutup slot kad SIM nano/Kad

ingatan.

3

Seret keluar bekas kad SIM nano/Memori menggunakan kuku anda.

4

Keluarkan kad memori, kemudian tolak kembali bekas dengan lembut ke dalam

slot sehingga ia masuk ke dalam tempatnya.