Membuat panggilan
Gambaran keseluruhan membuat panggilan
Anda boleh membuat panggilan dengan mendail nombor telefon secara manual, dengan
mengetik nombor yang disimpan dalam senarai kenalan anda atau dengan mengetik
nombor telefon dalam log panggilan anda. Anda juga boleh menggunakan fungsi dail
pintar untuk mencari dengan cepat nombor daripada senarai kenalan dan log panggilan
anda dengan memasukkan sebahagian nombor kenalan atau nama dan memilih
daripada cadangan yang muncul. Untuk membuat panggilan video, anda boleh gunakan
pemesejan segera dan aplikasi sembang video Hangouts™ pada peranti anda.
1
Lihat lebih banyak pilihan
2
Padam nombor
3
Pad dail
4
Butang panggilan
Untuk membuka pad dail
1
Dari
Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik .
3
Jika pad dail tidak muncul, ketik .
Untuk mendail nombor telefon
1
Dari
Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik .
3
Jika log panggilan muncul, ketik untuk paparkan pad dail.
4
Masukkan nombor telefon dan ketik .
Untuk memadam nombor yang tersalah masuk, ketik
.
Untuk membuat panggilan menggunakan dail pintar
1
Dari
Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik .
3
Jika log panggilan muncul, ketik untuk paparkan pad dail.
4
Gunakan pad dail untuk memasukkan huruf atau nombor yang sepadan dengan
kenalan yang anda mahu hubungi. Senarai kemungkinan padanan kelihatan
apabila anda memasukkan setiap huruf atau nombor.
5
Ketik pada kenalan yang anda mahu panggil.
73
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Untuk membuat panggilan antarabangsa
1
Dari
Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik . Log panggilan dipaparkan.
3
Ketik skrin untuk memaparkan pad dail.
4
Sentuh terus 0 sehingga tanda “+” kelihatan.
5
Masukkan kod negara, kod kawasan tanpa sifar permulaan diikuti oleh nombor
telefon. Kemudian ketik .
Untuk menambahkan nombor dail terus ke skrin Laman Utama anda
1
Sentuh terus bahagian kosong pada
Skrin utama anda sehingga peranti bergetar
dan menu penyesuaian kelihatan.
2
Dalam menu penyesuaian, ketik
Widget > Jalan pintas.
3
Tatal senarai aplikasi dan pilih
Dail terus.
4
Pilih kenalan dan nombor yang hendak digunakan sebagai nombor dail terus.
Menunjukkan atau menyembunyikan nombor telefon anda
Anda boleh memilih untuk menunjukkan atau menyembunyikan nombor telefon anda
pada peranti penerima panggilan apabila anda menghubungi mereka.
Untuk menunjukkan atau menyembunyikan nombor telefon anda semasa panggilan
keluar
1
Dari
Skrin utama, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Panggilan > Tetapan tambahan > ID Pemanggil dan
buat pilihan.
Pilihan ini mungkin tidak disediakan oleh setiap operator.