Sony Xperia X - Menggunakan peranti anda dengan sistem maklumat hiburan kereta

background image

Menggunakan peranti anda dengan sistem maklumat hiburan

kereta

Sambung peranti anda ke sistem maklumat hiburan kereta yang diperakui MirrorLink™

menggunakan kabel USB untuk, sebagai contoh, menggunakan aplikasi navigasi atau

memainkan muzik daripada peranti anda ketika memandu. Apabila disambungkan, anda

boleh menavigasi aplikasi menggunakan kawalan sistem maklumat hiburan kereta.

Sesetengah aplikasi mungkin tidak tersedia semasa sambungan MirrorLink™. Juga, data

dilindungi, seperti video yang dilindungi secara ketat di bawah Pengurusan Hak Digital (DRM),

tidak tersedia melalui MirrorLink™.

Gambaran keseluruhan sambungan MirrorLink

Untuk menyambung peranti anda ke sistem maklumat hiburan kereta

Sambungkan peranti anda dan sistem maklumat hiburan kereta menggunakan

kabel USB. Skrin peranti anda muncul pada skrin sistem maklumat hiburan.

Anda mungkin perlu memulakan MirrorLink™ secara manual jika sambungan antara peranti

anda dan sistem maklumat hiburan tidak diwujudkan secara automatik.

Memulakan MirrorLink™ secara manual

1

Pastikan peranti anda bersambung kepada sistem maklumat hiburan kereta

menggunakan kabel USB.

2

Dari

Skrin utama anda, ketik .

3

Cari dan ketik

Tetapan > Sambungan peranti > MirrorLink™.

4

Ketik

Mulakan MirrorLink™, kemudian ketik OK.

5

Jika sambungan masih gagal, ketik

Alamat rangkaian untuk bertukar ke alamat

rangkaian lain dan kemudian cuba lagi.